AmaNZ HF

HotForex Tight Spread

Sunday, June 14, 2009

Pantai Bak-Bak?




Assalammualaikum wbt. & Salam Sejahtera?

Lihat dulu gambar-gambar diatas ya :

Macamana? Dari segi pemandangan tempat ini cukup-cukup cantik dan mempersonakan tapi sayang, kemudahan dan kebersihan tempat ini semakin tidak dijaga dan seperti tak dipedulikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Mari kita sama-sama fikirkan apa yang ingin saya mau kongsikan dengan anda dan saya harap anda sudi bagi komen ya :
  1. Pada suatu ketika dulu, pantai ini amat-amat popular sebagai tempat berkelah, berreakrisasi, mandi-manda, tempat orang berkumpul, beriadah dan tempat perkhemahan. Tempat ini sentiasa dikunjungi orang terutamanya setiap hujung minggu. Sekarang, tempat ini bagai satu tempat yang terbiar dan usang...?
  2. Masih lagi saya ingat, pada zaman kanak-kanak aku, tempat ini menjadi tempat yang cukup-cukup ingin dilawati. Adakala, keindahannya begitu menggoda dan menarik hati agar aku kesana. Sekarang pun, bila aku menjejakkan kaki disana, aku rasa nyaman dan tenang sekali tapi sayang, keindahan tempat itu sudah tercemar akibat dari kelemahan setiap orang yang berkunjung kesana dan terutama sekali akibat dari kelemahan pihak berkuasa tempatan yang tidak mengurus dan mentadbir tempat ini dengan baik...
  3. Kenapa tempat ini tidak diurus dan ditadbir seperti tempat-tempat lain terutamanya Pantai Tg. Aru, Kota Kinabalu dimana boleh dikatakan setiap detik pekerja yang bertugas ditempat ini sentiasa menyapu daun-daun kering dan membersihkan apa-apa yang sepatutnya? Seingat saya, pantai ini boleh menjadi salah satu sumber pendapatan pihak kerajaan Tempatan kerana tempat ini boleh menjadi tarikan pelancong disamping tarikan utama daerah ini iaitu Tg. Sempang Mengayau. Tempat ini juga sudah terkenal sebagai tapak perkelahan penduduk tempatan sejak dulu lagi, malah sejak 2 menjak ini, tempat ini sudah terkenal sebagai tapak perkhemahan persatuan-persatuan dan kelab-kelab tak kira sama ada dari pihak kerajaan atau NGO. Tapi sayang, semuanya "MENGHAMPAKAN" malah "MEMALUKAN" apabila melihat keadaan tempat ini sekarang? Pernah sekali ketika aku mengikuti satu perkhemahan, ada kawan yang ingin mengadakan perkhemahan persatuan bimbingannya ditempat ini, menanyakan kenapa pantai @ tempat ini begitu kotor tidak seperti dulu, mereka tak jadi berkhemah disana lalu berkhemah ke Tg. Sempang Mengayau? Apa saya mahu jawap? Saya jawap apa yang sepatutnya saya jawap tanpa berselindung... Kalaulah tempat ini boleh diswastakan seperti sesetengah tempat, rasanya apa yang akan terjadi ya? Tapi perlukah tempat ini diswastakan? Apakah salahnya Pihak Kerajaan Tempatan mengambil berat sedikit tentang tempat ini? Tak salah bah!!!
  4. Apakah Pihak Kerajaan Tempatan ditempat ini sudah terleka? Memang aku akui daerah dan bandar ini cukup-cukup bersih untuk dilawati tapi adakah mereka ini terleka sampai mengabaikan salah satu tempat yang pada pandangan aku, adalah khazanah alam yang cukup-cukup indah... Apakah mereka ini hanya menumpukan 100% kerja dibandar saja @ diTg. Sempang Mengayau? Kalu dibandar, itu saya akuilah tapi kalau diTg. Sempang Mengayau tu, boleh dikatakan 60% saja berbanding diPantai Bak-Bak ini yang hanya jadi tempat yang ditinggalkan?
  5. Mari kita lihat dari segi jarak pula. Tempat ini hanya memakan masa lebihkurang 10-15minit saja dari pusat bandar berbanding dengan Tg. Sempang Mengayau dan Pantai Kelambu yang memakan masa lebihkurang 30-45minit. Dari segi keselesaan pula, bagi aku @ kebanyakan teman-teman aku, kalau mahu berkelah, kami 60% memilih tempat ini sebagi tempat perkelahan berbanding ke2,2 tempat tersebut.
Aku bukan seorang penulis yang baik, ini adalah sekadar luahan hati aku saja berdasarkan apa yang aku lihat & rasa. Bukan juga aku berniat untuk mengaibkan sesiapa...