AmaNZ HF

HotForex Tight Spread

Wednesday, January 13, 2010

Maksud Lirik Lagu Ke-2 Dalam Album Rash 3 2010.


Masih aku rindui... janjimu padaku,
tidak dapat ku lupai kasihsayangmu,
bila teringatkanmu... perit perasaanku, jiwaku menangis, airmataku menitis... X2!

Chorus...
Ku mencarimu serata dunia,
hatiku terseksa, dimanakah kau,
lama aku fikirkan dimana aku carimu,
kalau tidakku temui, diakhirat kau ku tunggu...
ooh kasih... ooh sayang... ooh kasih... ooh sayang...

Ulang chorus...

Ku kirim melalui angin semua janji-janjiku,
kalau sampai padamu, beritakan padaku...

Monday, January 11, 2010

Panduan Asas Bagi Pembantu Tadbir Unit Gaji @ Kerani Gaji

Pertama sekali, biarlah saya membuka prospek kerani gaji ini dahulu. Gaji adalah termasuk dalam erti kata lain iaitu upah bagi sesuatu pekerjaan yang juga termasuk dalam bentuk emolumen. Apa yang penting sebagai kerani gaji adalah minat untuk sentiasa mahu belajar sesuatu yang baru dan juga berusaha untuk mengejar perkara yang ingin dipelajari itu tanpa ada rasa malu, ego, temberang dan bongkak. Bila sudah kira agak pandai pula, jangan lokek dengan ilmu yang ada, beri tunjuk ajar pada rakan-rakan seperjawatan tidak kira yang senior mahu pun yang baru masuk kerja. Bukan apa, tidak salah membantu pun,kan?

Ok,lah... Kita kembali kepada panduan-panduan pula :

1. Pada asal, setiap gaji akan dibayar bagi setiap pekerja setelah dia mula melapor diri ke jabatan yang dia diarahkan didalam surat tawaran pekerjaannya. Bagi pekerja lama pula, gaji mereka akan tertera dalam slip gaji setiap bulan. Begini konteksnya, bagi pegawai baru yang mula bekerja, surat tawaran perkerjaan adalah kunci utama bagi dia boleh dibayar gaji. Sebab, ada sesetengah jabatan akan mengeluarkan surat penempatan pegawai terlebih dahulu sebelum surat tawaran itu dikeluarkan. Jadi, kita mestilah memaklumkan kepada pegawai baru tersebut yang kita akan menunggu surat tawaran tersebut terlebih dahulu baru kita dapat memproses gajinya. Biasanya ada pendapat mengatakan yang setiap proses pembayaran gaji adalah memakan masa 1-3 bulan selepas terima surat arahan atau tawaran pegawai-pegawai, jadi jangan pula dijadikan alasan yang kita tidak dapat buat kerana masa ini adalah agak lama juga. Apa yang penting, kita mestilah memaklumkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat sama ada melalui kita sendiri atau pun melalui ketua jabatan.

2. Setelah menerima surat tawaran (bagi pegawai baru tadi), kita hendaklah meminta salinan Kad Pengenalan, Buku Bank untuk memasukkan gaji, borang @ penyata KWSP untuk mendapatkan no. ahli KWSP dan meminta pegawai mengisi borang EPW (bagi pegawi-pegawi yang terlibat sahaja).

Ini adalah panduan-panduan asas sahaja, saya akan memberikan apa lagi yang saya tahu untuk dijadikan sebagai panduan-panduan kita semua. Adalah digalakkan juga untuk anda para pembaca untuk mengajukan pendapat dan persoalan kepada saya dan saya pasti akan cuba sedaya upaya jawap semampu yang boleh berdasarkan apa yang ada pada saya.

Assalammualaikum WBT.?

Hai....
Lama saya tidak update blog saya ni,kan? Tidak apa, kali ini saya kembali dengan misi untuk membantu dan dibantu (kalau ada yang sudi bantu ler)!!!

Masuk tahun 2010, kesibukan melanda saya. Sibuk denga rutin kerja seharian dipejabat, sibuk mengurus diri sendiri yang agak makin liat ni dan sibuk mengejar impian....

Jom kita tengok pada post-post yang akan datang!!! Saya kembali dengan ingin membantu sedikit sebanyak mengenai tugasan sebagai pembantu tadbir unit gaji atau lebih dikenali sebagai kerani gaji.